Monday, July 26, 2010

hehe...template baru...idea baru...pemikiran baru..

monday yg indah...

saja jek x de keje cari keje...bosan plak nengok blog sndiri..kalu diri sendiri bosan apatah lg org lain..

so, sy cari kt dlm w/site kalu2 ada yg brkenan..sy bkn terer sgt bnda2 IT nih..lebih suka try and error..(ex engineering student la katakan..)

tp semua ini boleh blajar sndiri..cuma prlukn sedikit masa dan ketekunan...(lama dh x blajar...letih rs otak..)

sy pn tgh brkira2 utk SOHO, WAHM atau proceed utk bukak tadika...atau semuanya skali...dh lama sgt x bekerja..x betah rsnya..tp utk tinggalkn anak kt org, emm..sy kurang keyakinan diri...krn (1) x bnyk taska melayu yg brkualiti di sekitar daerah sy tinggl nih..(2) kalu tinggal kt org takut2 org x nk ikut cr kita..(sy x nk anak sy dibri susu formula, tidur dlm buai dan di beri mkn seawal 3-4 bln..krn slalu jumpe dgn org yg nk senang keje/jaga) dan (3) sy sendiri x sanggup nk brpisah lama2 dgn anak...so lets start SOHO/WAHM and then br proceed tadika...(bisnes nih mmg ada demand)

Saya mmg ada bnyk idea ttg bisnes..dont start talking abt bisnes dgn sy..nnt idea mencurah2 dan mcm2...cuma x tahu mana nk start...

Melihat ramai ibu2 diluar sana yg dh brjaya SOHO dan fully BF, sy tumpng suka dan gembira krn mereka ini semuanya inspirasi sy..saya mahu jd spt mereka..mungkin skng sy rs susah...tp lmbt laun sy tahu sy akn trbiasa dgn nya..yg penting 1st step..En Hubby slalu bising...asyik brcerita ttg cita/angan2 tp x gerak2...brgerak tu la yg paling penting...walaupn saya akn masam muka tiap kali dia membebel tp jauh dlm hati sy, sy amt brsyukur krn ada org yg sntiasa mengingtkn sy/mbebelkn sy...cuma bt masa ini priority sy kpd bnda2 lain..tp AZAM sy ttp satu...sy mahu BERJAYA, BAHAGIA, KAYA, SIHAT DAN DIBERKATI...InsyaAllah, Yg Maha Agung will guide me through all da way...

oklah...irfan tido dh ni...so i perlukn waktu ini utk buat mcm2 keje...blom solat lg...nk lipat kain baju lg, and many more..

Sorry sy merapu jek nih...hanya luahan hati sy utk sy kongsikan dgn semua di sana...

Wassalam...Ta~

Thursday, July 22, 2010

Susu Ibu VS Susu Formula

Salam Jumaat semua....Semoga hari ini lebih baik dan indah dari semlm...

Hari ini Ibu nk brkongsi ttg Penyusuan Susu Ibu..Sememangnya ibu amat menyokong penyusuan susu ibu..walaupun ibu x la trbabit secara lngsung spt menghadiri kursus atau sbg nya tp dgn kemudahan internet yg ada nih ibu bnyk menuntut ilmu dr blog2 @ w/site brkenaan PSI ni...sarakids, mypermatahati, susuibu.com dan bnyk lg..click jek...semua ada...internet bnyk manfatnya jika kita tahu gunakan...

Kebanyakkan ibu2 hari ini bnyk memberi 1001 alasan ttg PSI...sedangkn seperti yg semua sedia maklum susu ibu adalah yg trbaik utk anak2 kita...kenapa dinafikan hak anak2 ini...??

Dalam Al-quran sndiri ada mnyebut..disini saya ambil dari petikan blogFarah(sarakids)-*farah..jgn marah ye..

Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini sering dikatakan dalam berbagai surah dalam Al-Quran seperti:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

(terima ksih farah..)

sesungguhnya Allah telah berfirmaan...so apa yg kita ragu2kn lg...yg penting kesanggupan dan keazaman kita utk membesarkan anak2 dgn sempurna dan lebih baik...may be ada yg berkata.."eleh, mak aku dulu bg susu lembu jek..ssehat jek aku sampai skng..."maybe kebetulan atau mungkin masa tu mak2 kita x dpt ilmu2 mcm skng nih...so bila dh ada org nk bagi ilmu kenapa kita menolak..???

sebenarnya ada bnyk keburukan menggunakan susu formula...ini antara petikan yg saya ambil dari blog mypermatahati/dr hamid arsat(terima kasih kpd mereka semua nih yg sanggup brkongsi sgala ilmu kpd kita..Allah SWT aje yg dpt mbalasnya)

Antaranya ialah (mypermatahati) :

Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.

Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka.

Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menggalakkan semua ibu menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama enam bulan atau dikenali sebagai penyusuan eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun. Makanan tambahan pula hanya dimulakan semasa anak berumur enam bulan.

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula.

Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Menurut perangkaan 88.6 peratus ibu-ibu di Malaysia pernah menyusukan anak. Ini bermakna 11.4 peratus ibu tidak pernah menyusukan anak mereka!

Daripada 88.6 peratus ibu yang pernah memberikan susu, hanya 29 peratus yang mampu menyusukan bayi mereka secara eksklusif dan hanya 11.7 peratus yang menyambung penyusuan sehingga bayi berusia dua tahun.

KEBAIKAN SUSU IBU

Menurut Penolong Pengarah Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi.

Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

“Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan,” katanya kepada Bernama.

Katanya susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.

Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

“Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan,” katanya.

Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.

Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.

Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.

“Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

“Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti,” kata Siti Mariam.

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.

“Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

“Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun?” katanya.

Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

“Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan,” katanya.

Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.

“Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi,” katanya.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.

“Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya,” kata Siti Mariam.

Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

BAHAYA AIR

Selain susu formula, kebanyakan ibu bapa juga cenderung untuk memberikan air kepada bayi mereka dengan alasan mengelakkan bayi daripada haus, badan panas, sembelit atau untuk mencuci mulut bayi.

Siti Mariam berkata alasan-alasan tersebut adalah tidak berasas kerana susu ibu mengandungi 88 peratus air dan bayi yang hanya diberikan susu ibu dijamin akan mendapat cukup air.

Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

“Perut bayi yang baru lahir hanya memerlukan empat sudu kecil kolosterum (2ml) dan jumlah ini akan meningkat kepada 40 sudu (200ml) hanya setelah bayi menjangkau umur setahun,” katanya.

Oleh itu tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk membantu tumbesarannya.

Air juga boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

Air juga akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Bagi bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berumur di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Sumber: BERNAMA

P/S:

saya bukan lah pakar atau hebat sgt dlm PSI ini..saya juga bknlah arif sgt ttg ilmu agama krn saya masih lg brusaha mendalami ilmu agama hingga mata ini trtutup selamanya..namun saya sentiasa positif dgn apa yg disuruh oleh agama krn Allah itu MAHA MENGETAHUI dan MAHA BIJAKSANA...jadi kenapa harus kita nafikan lg...

Semoga lebih ramai lg ibu2 diluar sana akan menyokong Penyusuan Susu Ibu dan terus bf anak2 mereka...saya hny sekadar berkongsi dan ini adalah satu caranya tanda yg saya amat menyokong PSI...

Selamat maju jaya...





Goreng Pisang Oh Goreng Pisang...

Salam semua,

Ptg nie Ibu nk brkongsi sedikit ttg rasa x puas hati Ibu dgn harga barang yg naik mendadak ntah ape2 ntah...mungkin kerana kenaikkan harga petrol dan gula..ala..itu hnya satu alasan jek...

Sebagai makyung yg mmg suka mkn nih, ptg td Ibu trasa la nk makan pisang grg..emm..sedapkan..so Ibu pn ajak la adik Ibu, mak uda irfan g beli kt tmpt yg mnjadi fav Ibu utk ngeteh ptg2(slalunya dgn en. ajam la..)so, Ibu decide tapau jek la...irfan pn senang nk mkn...

dgn senang hati ibu pn amik dan amik dan amik la semua yg di dpn mata...lebih2 lg ade cempedak grg..emmm... yum yum....time nk bayar tanye la brape hinggit kt adik tu.."6 hinggit kak.."...hah..6 hinggit bnyk tu jek....hati sudah panas...seb baik la hari mendung...kalu x...hmmm..."singgit brape dek?"..adik pn jawab..."singgit 3 kak.." mak oii...mahalnya...kalu pisang sebiji x pela..ni pisang sebelah jek..itu pn dh nipis mcm kertas...tp memandangkn kita nih org melayu yg penuh adab dan sopan serta hati yg sgt penyabar..so bayar jgk la...

But, ape yg ibu marahkn adalah sikap peniaga kita yg suka mengambil kesempatan...ibu pernh bertanya kpd satu pemilik restoran bila harga dia naik satu masa dulu...dia kata.."harga minyak naik la..jd harga barang pn semua naik..."boleh la diterima krn waktu itu minyak naik hmpir seringgit/liter..so sgt munasabah...x lama lepas tuh harga minak turun dan RON95 diperkenalkan....akak pn ckp la kt pemilik restoran tu..."harga minyak dh turun, harga makan x turun ke..?"..jwb dia..susah nk turun sb barang lain x turun...Can u all see...

Ibu mmg x brape pandai ttg ekonomi..tp Ibu tahu, sbg peniaga, kita mesti arif mcm mana nk beli brg dgn harga yg lebih murah dan jimat..peniaga slalunya dpt harga borong..dan bkn harga runcit seperti pengguna biasa...(maafkan/betulkn ibu kalu ibu salah...)

Tp Ibu akui x semua peniaga begitu dan Ibu jga turut bersalah krn mengadakan demand..ade demand ada la supply...ni smua gara2 min alif lam sin..M.A.L.A.S...lepas nih ibu ingat nk buat KEMPEN MASAK DAN MAKAN DIRUMAH...lebih kenyng, jimat, dan lebih trjamin kebersihannya..hati pn lebih puas...kalu nk mkn kt luar mkn benda yg x pandai di masak..cth nasi baryani ke..kan..kan..kan..?

okla..irfan dh ngaruk kt sebelah nih...mood dia x baik sgt ptg ni..see u all again with new entry..babai..

Wednesday, July 21, 2010

~baik buruk anak tidur buaian~

Salam semua....

emm...sebenarnya x de idea apa nk tulis...tp sgt2 berminat dgn artikel/soal jawab yg ibu dptkn dr 1 of my fav website...Semuanya tentang baik buruk kita menggunakan buaian...artikel/soal jawab tu berbunyi mcm nih

"Doktor,
Saya ada satu soalan ingin bertanyakan doktor. Anak yang kerap tidur buai, adakah ia elok untuk otaknya atau tidak?

Saya mempunyai seorang anak yang kini berusia dua tahun. Susah mahu menidurkannya. Jadi, setiap kali nak tidur, saya akan mengayunkan dia di dalam buai dahulu, baru boleh tidur.

Tidak kira siang atau malam, saya akan menggunakan buai untuk menidurkan anak saya itu. Selagi tak masuk dalam buai, dia tak nak tidur. Saya akan henjut buai dia dari setengah hingga satu jam, baru dia tidur.

Soalan saya doktor, adakah otak anak saya akan bergegar semasa saya mengayunkannya. Adakah memberikan kesan apa-apa kepadanya setiap kali saya membuainya dalam masa yang lama? Masalah ini amat merisaukan saya kerana saya bimbang, dia akan mengalami masalah dalaman otak.

Seperkara lagi doktor, anak saya apabila hendakkan sesuatu, dia suka menghantuk-hantukka n kepalanya ke lantai atau dinding. Sudah banyak kali dia menangis kerana perbuatannya itu.

Dia juga sangat aktif sehingga sekarang. Kadang-kadang, tingkah lakunya sukar dikawal, nak kita ikut cakap dia saja. Kalau tak ikut, mulalah anak saya itu mengamuk. Runsing saya memikirkannya doktor

Puan,
Pernahkah puan mendengar lagu mendodoikan anak atau lullaby Inggeris Rock-a bye-baby yang berbunyi seperti berikut “When the bough breaks, the cradle will fall, down will come baby, cradle and all?”

Lagu ini menceritakan bagaimana buai itu patah dan jatuh ke bawah membawa bersamanya bayi sekali. Sememangnya tiada tempat yang lebih selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot.

Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.

Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.

Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.

Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.

Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.

Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.

Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.

Hentak kepala (Head banging)

Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.

Lelaki adalah tiga kali lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah dibawa menjalani pemeriksaan lanjut.

Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.

Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak ‘mengugut’ untuk mendapatkan sesuatu atau menarik perhatian. Apabila ia berlaku, kita mesti jangan mengalah dan mengikut segala rentak dan kemahuan mereka.

Pada ketika ia berlaku, kita mesti cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak tersebut dan mengubahnya ke aktiviti lain.

Mujurnya, kanak-kanak yang sihat tidak akan mengalami apa-apa kecederaan yang serius dengan tabiat ini.

Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat dan kanak-kanak bawah tiga tahun tidak boleh menghasilkan tekanan atau tenaga yang cukup untuk mendapatkan kerosakan otak.

Kepala kanak-kanak ini boleh menahan trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat. Kanak-kanak sihat yang menghantuk atau menghentakkan kepala akan membesar menjadi remaja yang normal.

* Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar Shah Alam, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar."

p/s: sumber dr http://mypermatahati.com/

Emm...mcm mane parents2 diluar sana????

mungkin ramai yg dh tahu fact nih tp mungkin jgk ramai yg x tahu...so ibu hny nk berkonsi...maybe sesetengah dr kita hnya nk memudahkn tugas sebagai ibu/bapa dlm menguruskn anak2 kita...jalan mudah adalah menjadi pilihan kebanyakkan ibu bapa skrng...Dalam erti kata lain..MALAS...dan kita pilih untuk tidak ambil peduli ttg risikonya..

Ibu faham kenapa buaian slalu menjadi pilihan...kita mungkin penat krn bekerja seharian..tapi adakah anak permata hati kita itu layak dilayan/menerima layanan hny krn kita penat???x bukan...sama lah dgn penyusuan susu ibu...kita memilih susu lembu lebih dari susu kurniaan kita tnpa pernh mengambil sediki inisiatif ttg PSI..yg kita tahu hny memberi alasan utk berkata "TAK BOLEH"...

so ibu bapa diluar sana (especially ibu2) Ibu bukan suruh anda jd SUPERMOM/DAD..tp sekadar menggalakkn/menyedarkan bahawa anak2 kita TIDAK LAYAK untuk dirosakkn otaknya sedangkn ALLAH SWT mengurniakan mereka kpd kita dlm keadaan sempurna akal, sifat dan kesihatan nya hanya kerana kita MALAS/SELFISH...Masih ada masa utk kita berubah menjadi lbu bapa yg lebih baik dan prihatin..x salah kalu kita ingin berubahkn..?yg peting determination dan kesungguhan kita..

Jika ada yg kecil hati...ibu minta maaf..sesungguhnya yg baik itu dtg nya dr Allah SWT dan yg buruk itu dari dini yg kerdil ini...

Salam Sayang dari Ibu buat kalian semua dan anak2 di dunia ini....








Tuesday, July 20, 2010

My Superhero, My Superboy..

Very...Very...Great Morning...

Assalamualaikum semua...
Lama dh ibu x tulis/update blog nih...begitu bz menjaga irfan yg semakin "macam2" sejak nk "beradik" nih.
But this morning i m very very excited nk cerite abt the "man" who help me out ever since i am SOHO,SAHM and WAHM....dh slalu sgt citer abt my superboy...bagi can plak citer pasal MY SUPERMAN...

(*IBU: maaflah kalu ada yg x berapa setuju/atau entry ini tidak mberi manfaat kpd sesiapa...sesungguhnya yg baik dijadikan tauladan dan kalu x baik jadikan sempadan.sy hny menulis ttg saya, kerjaya saya dan keluarga saya...*wink*wink)

Lately ibu jadi sgt2 sensitif...kadang2 menangis sb rs x tahan/larat nk melayan superboy yg dh makin superb tuh...mayb sb preggie ni kot...pantang btol superboy salah sket..mula la rs mcm nk mengamuk jek...seb baik ade granny irfan yg sentiasa menolong/menenangkn...

Ibu sbnarnya tgh tunggu hari nk bersalin..last week doc kata dh buka 1 cm..so ibu ngn Mr Ajam pn trsangatlah excited...tp nih dh masuk hari ke=5...x bukak2 lg..takat tu jek la...tanda2 nk brsalin pn x de..sakit pn x de...

Mr Ajam aka MYSUPERMAN dh mals nk amik cuti dah..hari tu sampai 2 hari cuti...bajet dh nk brsalin sgt la isterinya ini..sb kalu boleh nk sama2 masuk labor room sambut baby...hampeh...baby sedap lg dok dlm prut ibu...

tp sepanjang cuti tu mmg dia la yg menjaga semuanya....

namun kehebatan Superman ibu ni sgt2 trserlah bila dia dh naik kerja on Monday...615 am dh kuar g keje...kul 7 pm br sampai umh...penat x ilang lg..dh kene berguling2 dgn si Superboy...dia lah yg kemas umah...sidai baju...bagi anak makan(1 jek yg dia x bole buat...basuh "poo poo" superboy..hikhik)pendek kata ibu goyang kaki...katanya "xpela..u dh penat jaga Irfan seharian...u rehat..kesian baby dlm perut tu.."
Lebih terharu bila malam td irfan woke up at 230am...x nk tido sebaliknya nk main...mula dh start merengek...Superman la yg bangun tidokn semula....lama2 x bole tahan..angkat..bukak TV..ngam2 611 tgh tayang JimJam&Sunny..trus bangun superboy ibu...sampai la ke pukul 530am baru tido semula...dia kata"xpe, u tido...biar abg jaga ipan..esok u nk kene jaga ipan plak..." bagai disorong bantal la ibu...zzzzz..(abang thanx sebab jagakn ipan ye...kesian abg...)sedangkn Superman nk g keje kul 615am dh nk kene chow cendol...
sebelum g keje td ibu tanye.."u x ngantuk ke?risau nih sb u nk bawak kete jauh jalan..." dia jawab smbil senyum..."nk buat mcm mane....dh tanggungjawab...."
sesungguhnya ibu memang risau setiap hari...dlm hati nih dup dap dup dap...selagi superman x sms bgtau dh sampai tmpat keje..selagi tu x tenang...sb segamat dgn kluang bkn dekat...2jam perjalanan..tp dia bwk 1 jam 1/2 + isi gas lg..cuba byngkn betapa lajunya...Allah jek yg tahu...
Tp itulah My Superman Yg ibu dah kenal selama 15 tahun nih...dr mula bercinta monyet sampai la jd cinta sejati...dr bangku sekolah sampai la ke kerusi pejabat...dr dating di tiang sekolah sampailah ke jinjang pelamin..dia mmg seorng yg cukup rajin,bertanggungjawab dan sgt efisien...
Sesungguhnya ibu sgt lah bertuah krn punya Superman ini...Bukanlah nk puji melambung smpai ke langit dan rs tinggi diri...cukup la cerita ini hanya sekadar utk mengingatkn diri dan muhasabah diri serta bersyukur dgn segala kurniaan dan kenikmatan yg Allah SWT berikan pada kita..bukanlah Superman ibu nih perfect segalanya krn dia juga manusia yg punya kekurangan..tp kelebihan yg ada sudah cukup membahagiakan ibu sekeluarga...kerana sabagai manusia kita mudah lupa..mudah lupa kpd kebaikkan seseorng tp sgt cepat mengingati keburukan seorang...

buat semua di luar sana..sentiasalah menghargai pasangan kita walupn si dia x se"perfect" mana...ingatlah sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan pergi utk selamanya kerana itu kita perlu mensyukuri dan mnhargai dgn segala ape yg telah dikurniakan kpd kita...terutamanya mereka yg penting dlm hidp kita..

Buat MR SUPERMAN, semoga Allah akan sentiasa melindungimu, memberkati dan meahmati hidupmu dan kita sekeluarga...Amin
 
Copyright 2009 Najwa Fuad. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase